Sekretariat Komanwel

Sekretariat Komanwel ialah agensi antara kerajaan utama dan institusi pusat Negara-Negara Komanwel. Ia bertanggungjawab memudahkan kerjasama antara anggota; mengatur mesyuarat, termasuk Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM); membantu dan menasihat perkembangan dasar; dan memberi bantuan kepada negara dalam melaksanakan dasar-dasar Komanwel.[1]Sekretariat mempunyai status pemerhati di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia terletak di Marlborough House di London, United Kingdom, bekas persemayaman diraja yang dikurniakan oleh Ratu Elizabeth II, Ketua Komanwel.